- Minyak kelapa dara ialah minyak yang paling berkhasiat dalam dunia. Ia juga digelar sebagai "minyak ajaib".
- Minyak kelapa dara dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan yang memberi banyak kesan positif kepada kesihatan.
- Menurut statistik, minyak kelapa dara adalah antara produk yang paling dikaji oleh universiti-universiti di seluruh dunia.
- Komponen 'magik' minyak kelapa dara ialah asid laurik dan Vitamin E.
- Kandungan lemak dalam minyak kelapa dara adalah unik kerana struktur molekular asid lemak tersebut. Asid lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara adalah MCFA (asid Lemak Rangkaian Sederhana), di mana ia langsung tidak memberi kesan negatif terutamanya terhadap kolestrol malah ia membantu untuk mencegah penyakit jantung.
- Kelebihan asid laurik dalam minyak kelapa dara adalah 50% daripada lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara terdiri daripada asid laurik yang merupakan asid lemak yang sememangnya membantu meningkatkan tahap kesihatan. Menurut kajian, asid laurik terbukti sebagai antimikrobial, antivirus dan meningkatkan sistem imun dalam tubuh kita. Asid laurik merupakan komponen dalam susu ibu yang membekalkan daya ketahanan atau daya imunisasi kepada bayi baru lahir untuk menentang penyakit
Monday, April 22, 2013
Fakta Minyak Kelapa Dara
Labels:
Fakta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment